PETUA HILANGKAN JERAGAT
APA ITU JERAGAT
Jeragat secara perubatan dikenali sebagai (open comedo) adalah bonggol kuning atau kehitaman / tersumbat pada kulit. Jeragat adalah sejenis akne vulgaris.
BAGAIMANA JERAGAT TERJADI
Jeragat boleh terjadi apabila pembentukan minyak, sel-sel kulit mati dan juga bakteria berkumpul di bahagian liang muka terutama sekali di hidung, dahi, dagu dan pipi.
Takkan nak dibiar je kan jeragat tu dok lama-lama kat atas wajah, kita rasa tak selesa dan muka rasa tak bersih.
Jom cuba petua di bawah semoga membantu!
1- Gunakan perahan jus lemon
Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.
2- Aloe Vera
Aloe Vera terkenal kerana banyak manfaatnya untuk pelbagai masalah kesihatan kulit. Ia berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan ekzema.
Aloe Vera juga bantu untuk memastikan kulit kekal hidrat. Boleh dapatkan samada beli di kedai atau ekstrak sendiri dari daun.
Caranya:
Sapukan Aloe Vera pada kawasan yang ada jeragat selama 15minit. Kemudian basuh dengan air sejuk. Ulang setiap hari sehingga dapat keputusan yang diinginkan.
Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.
Caranya:
Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukan pada kawasan yang ada jeragat. Kemudian tunggu sehingga ia kering.
4- Teh hijau
Bukan sahaja berkhasiat untuk diminum, ia juga boleh hilangkan jeragat pada wajah.
Teh hijau mempunyai sifat anti radang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Ia juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit.
Caranya:
Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. Kemudian guna uncang teh tersebut dan sapukannya pada kawasan yang ada jeragat.
5- Skrub menggunakan serbuk oat
Serbuk oat bukan sahaja bermanfaat untuk dijadikan masker, ia juga merupakan salah satu cara menghilangkan jeragat.
Caranya:
Campurkan sesudu oat bersama yougurt, madu dan jus lemon. Kemudian sapukan sebatian ini pada wajah anda.
Serbuk oat boleh menyerap lebihan minyak pada wajah dan membantu mengurangkan jeragat.
6- Ambil vitamin untuk bantu hilangkan jeragat
Kalau taknak susah-susah buat semua di atas tu, Intan cadangkan anda ambil SET JERAGAT ni. Jimat masa dan kesan pun in Shaa Allah lebih cepat!
Mungkin tak boleh nak terus hilang tapi bantu untuk pudarkan dan kulit nampak lebih sihat dan segar.
Whatsapp / Call : 013-5958175
📲www.wasap.my/60135958175/nakTanyaShaklee
Facebook: Intan Zairine
IG: IntanZairine
#vivixshaklee #vitaleashaklee #shakleemanjung #shakleeperak #petuahilangjeragat #jeragat
No comments:
Post a Comment