Sunday, June 18, 2023

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT, NO. 5 PALING RAMAI AMBIL MUDAH 


Apa itu amalan gaya hidup sihat? 

Amalan gaya hidup sihat merangkumi semua aspek. Bukan sahaja dari segi fizikal malah kesian dalaman (rohani) seperti emosi pun memainkan peranan penting. Emosi ni kalau tak dirawat boleh jadi lebih teruk seterusnya menjejaskan kesihatan yang lain.


Sebab tu ramai yang memilih untuk selalu adakan masa "healing" untuk diri sendiri setelah penat bekerja atau melakukan tanggungjawab atau tugas hakiki yang takkan pernah habis. Ini adalah untuk "merawat" kembali emosi supaya kekal positif dan sentiasa sihat.


Dalam entri kalini Intan nak kupaskan 5 amalan gaya hidup sihat. Semoga membantu anda semua dan jom kita amalkan bersama.


1- Menjaga pemakanan seharian 


Betul kan makanan ni memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan? Yer benar. Kerana dengan makanan la banyak penyakit yang terjadi. 


Dalam agama kita sendiri tak kiralah apa jua pun mesti menyuruh kita berpada-pada dalam pengambilan apa jua jenis makanan.


Kat Malaysia ni makanan semuanya sedap belaka. Pagi sarapan roti canai, nasi lemak, teh tarik. Aduiiiii kecur air liur bila mengenangkan. Tapi perlu hati-hati dengan pengambilan kalori setiap hari. Lagi-lagi yang ada masalah kesihatan disarankan untuk ikut carta PIRAMID MAKANAN yang telah disediakan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).




Mudah sangat piramid makanan ni untuk kita jadikan sebagai panduan. Mana yang nak dikurangkan, mana yang nak dilebihkan. Dah tak perlu ragu-ragu lagi.


Atau yang nak lebih sihat, korang boleh juga amalkan SUKU-SUKU SEPARUH. 


Cara begini pun lebih mudah kan? 


2- Melakukan senaman atau riadah


Senaman atau riadah ni perlu untuk kita amalkan seminggu 3kali. Bantu untuk keluarkan peluh, buatkan otot jantung kita lebih kuat. 


Dengan beriadah minda kita lebih relaks, tak stress sambil-sambil jogging petang di taman bersama keluarga. Boleh jadikan aktiviti riadah petang santai bersama keluarga pun antara yang jarang kita dapat lakukan. 


3- Jauhkan diri daripada tekanan diri


Hidup di zaman yang serba serbi moden dan canggih ni memang tak lari daripada tekanan diri. Semua nak cepat, nak laju sampai semput nak fikirkan semua.


Ambil la masa untuk bermeditasi dengan cara masing-masing. Contohnya lakukan solat (sembahyang) untuk tenangkan diri. Masa yang sekejap itu pun boleh bantu untuk rilekskan minda & jiwa.


Bila ada masalah atau perkara yang tak dapat kita selesaikan sorang-sorang, carilah orang lain yang sesuai untuk bantu meringankan masalah /beban di jiwa.


Berkongsi dengan ahli keluarga yang boleh dipercayai atau kaunselor yang bertauliah untuk sama-sama bantu selesaikan. Tak semua perkara kita perlu berkongsi. Berkongsi dengan orang tepat untuk dapatkan jalan penyelesaian.


Ingat, jangan biarkan masalah bertimbun yang lama kelamaan menjadi "penyakit" yang sukar diubati.


4- Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran


Suasana rumah yang bersih, kemas tersusun membantu pandangan mata untuk tenang. Tenang di mata ni sangat subjektif. Bila rumah bersih sejuk rasa hati. Emosi pun terjaga kan? Takla mudah nak marah bila mainan anak bersepah terpijak sana sini.


Luar rumah pulak sampah dibuang di tempat yang sepatutnya. Longkang tak tersumbat yang mana boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang seterusnya membawa kepada penyakit denggi. Bahaya kalau dah terkena. Demam denggi ni antara musuh utama negara kita.


5- Dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala


Yang ni paling ramai yang ambil mudah. Bila dah sakit baru kelam kabut nak dapatkan rawatan. Mencegah lebih baik daripada mengubati.


Jadinya bila rasa badan tak sihat, cepat-cepat dapatkan rawatan segera sebelum melarat. 



Nak dapatkan khidmat nasihat tentang masalah kesihatan boleh terus hubungi Intan.


Whatsapp / Call : 013-5958175
📲www.wasap.my/60135958175/nakTanyaShaklee

Facebook: Intan Zairine
IG: IntanZairine 

#vivixshaklee #vitaleashaklee #shakleemanjung #shakleeperak #amalangayahidupsihat



No comments:

Post a Comment