KATA-KATA MOTIVASI UNTUK SEMANGAT DIRI SENDIRI
Entry kalini berbeza sikit dari sebelumnya. Rasanya semua orang pun pernah alami fasa kejatuhan, fasa jatuh terduduk, fasa tak mampu nak lakukan apapun.
Bukannya hidup kita ni lancar je, tenang je. Sedangkan laut pun bergelora, ada pasang dan surutnya. Yer, kita perlukan kata-kata motivasi yang boleh menaikkan kembali semangat kita.
Tak kiralah apa jua pun, pertama sekali yang kita lakukan dalam sesuatu perkara, PERCAYA PADA PROSES. Contohnya dalam dunia bisnes bila kita baru bermula kita takkan terus orang kenal. Kita takkan terus dapat income banyak. Semua perlu ada proses.
Kita bermula dari zero, banyak yang kita belajar sepanjang proses untuk berjaya. Belajar mengenali selok belok dunia perniagaan. Belajar untuk kenal perangai manusia (prospek). Belajar cara marketing yang betul. Semua perlukan proses. Sebulan, dua bulan, setahun, 10tahun. Baru kita nampak dan dapat hasilnya.
Pokok durian pun bila tanam bukan sebulan dah dapat hasil. Banyak proses yang kita perlu buat. Bermula dengan membaja, menyiram, bersihkan kawasan. Sabar setiap hari supaya dapat hasil buah yang banyak dan baik.
Selagi kita pegang kata-kata ni, percayalah kita takkan sempat pun nak rasa down. Kita akan cuba tenangkan diri sendiri, cari mentor, cari ahli team atau sesiapa sahaja yang boleh menaikkan balik semangat kita.
Satu lagi kata-kata motivasi yang seringkali Intan pegang ialah "Orang yang sukses tidak selalu orang yang pintar tapi orang yang gigih dan pantang menyerah"
Benar kata-kata ni, tak semua orang berjaya dalam dunia ni adalah orang bijak, berpendidikan tinggi tapi mereka adalah dari kalangan insan yang sangat gigih, pantang menyerah sebelum buat yang terbaik.
Jom lah kita jadi seorang yang gigih, tak mudah patah semangat. Kita pandanglah wajah suami, anak-anak, keluarga dan orang-orang yang kita sayang. Kita fikir balik apa yang kita buat, apa yang kita usahakan hanyalah semata-mata untuk kebahagiaan mereka. Jangan hiraukan pandangan atau pendapat orang yang tak pernah tahu jalan cerita hidup kita.
No comments:
Post a Comment