Sunday, December 10, 2023

SET KURUS SHAKLEE

3:55 PM 0 Comments


SET KURUS SHAKLEE BANTU TURUNKAN BERAT DENGAN SELAMAT & BERKESAN




APAKAH ITU OBESITI?


Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi & perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan.


Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25%. Manakala wanita pula dikatakan obese apabila berlebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti boleh diukur menggunakan pengiraan BODY MASS INDEX atau BMI (Indeks Jisim Badan). BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian.




WHO Klasifikasi Obesiti untuk populasi Asia





Takot sangat bila tengok graf di atas. Negara kita Malaysia paling tinggi di Asia negara paling gemuk! 😢

Kalau tak dikawal dari sekarang, mungkin kita antara negara paling atas ada masalah kegemukan atau paling ramai rakyatnya OBESITI.



Jangan risau masih ada masa untuk kita turunkan berat. Nak turunkan berat bukan sebab nak cantik langsing semata tapi untuk kesihatan. Bila berat naik ni macam-macam kita terbatas. Cepat penatlah, mengantuk la macam-macam lagi. 


Bila badan dah ringan, banyak aktiviti kita boleh buat & makin gembira sebab kesihatan pun makin baik. Best sangat kan? 


Set Lengkap Kurus Shaklee 

Cinch shake ada 3 perisa COKLAT, VANILA
& LATTE

Dalam cinch ada Leusina asid amino penting
 

Thursday, December 7, 2023

PAIN RELIEF CAPLET MELEGAKAN SAKIT SENDI

2:24 PM 0 Comments


PAIN RELIEF CAPLET MELEGAKAN 

SAKIT SENDI 




APA ITU UBAT TAHAN SAKIT?


Ubat tahan sakit atau analgesik adalah sejenis ubat yang digunakan untuk meredakan atau mengurangkan rasa sakit. Ia boleh bekerja dengan melumpuhkan reseptor sakit dalam badan atau menghalang penghantar sakit ke otak.

Terdapat pelbagai jenis ubat tahan sakit termasuk parasetamol, ibuprofen & neproksen


KEISTIMEWAAN SHAKLEE PAIN RELIEF CAPLETS

Apa yang unik tentang pain relief caplet:

  • Lembut pada perut
  • Tidak mengandungi espirin
  • Bebas gluten
  • Halal




BOSWELLIA

  • Salah satu herba zaman dahulu dan yang paling bernilai dalam Ayurveda
  • minyak pati (essential oil) daripada resin adalah minyak yang biasa digunakan dalam aromaterapi
  • Asid boswellia yang terkandung di dalam getah resin adalah bahan utama yang bertanggungjawab untuk ciri anti keradangan, ia telah digunakan secara tradisional untuk merawat:
     -artritis 
     -spondylitis
     -sindrom sakit kronik
     -penyakit radang usus





SAFFLOWER

  • Salah satu tanaman tertua di dunia dan telah bertahan selama lebih dari 4000tahun.
  • Ekstrak bunga daripada safflower mungkin mempunyai kesan antibakteria, antivirus dan anti-radang.
  • Dalam perubatan tradisional Cina, ia digunakan untuk meningkatkan peredaran darah. Ia juga dikenali untuk merawat:
     -sakit senggugut
     -sakit perut selepas bersalin
     -sakit sendi
     -osteoporosis
     -migrain


FAKTA NUTRISI



SARANAN PENGGUNAAN


Untuk dewasa sahaja:

AMBIL 1 BIJI KAPLET 3KALI SEHARI DENGAN MAKANAN



CARA UNTUK MENDAPATKAN PAIN RELIEF CAPLET?

Hubungi Intan terus di whatsapp
013 -2114820

Facebook: Intan Zairine
IG: IntanZairine 


#painreliefcaplet #sakitsendi #migrain #senggugut #intanzairine #shakleemanjung #shakleelekir #shakleesitiawan #pengedarshakleemanjung #codshakleemanjung










Monday, October 9, 2023

MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE

2:04 PM 0 Comments

  MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE


Best sangat ke vitamin Shaklee ni sampai saya tak pandang dah vitamin lain? Antara sebab utama kenapa saya memilih vitamin Shaklee. Baca entry ni sampai habis yer.


1- Kualiti 

👉Shaklee dikenali kerana sangat menjaga kualiti terhadap produk. Mereka menggunakan bahan-bahan semulajadi & proses yang ketat untuk memastikan produk mereka berkualiti tinggi.


2- Pendidikan Inovasi

👉Shaklee telah melakukan penelitian yang mendalam untuk menghasilkan produk. Shaklee juga ada ramai pakar & saintis hebat dunia dalam meneliti sesuatu produk dari awal sehingga penghasilannya.


3- Sejarah

👉Suplemen Shaklee sudah wujud sejak 100tahun yang lalu. Ini membuktikan bahawa suplemen Shaklee sangat-sangat hebat dan berkesan. Syarikat yang kukuh kerana telah bertapak lama di dunia.


4- Konsultasi dan Sokongan

👉Shaklee sering menyediakan sokongan pelanggan dan konsultasi yang membantu individu dalam memilih produk yang sesuai dengan keperluan kesihatan masing-masing.


Apapun setiap orang perlu dapatkan konsultasi dahulu sebelum mencuba suplemen Shaklee. Lagi lagi yang ada masalah kesihatan yang kronik.


Dapatkan dahulu khidmat nasihat pakar kesihatan (Doktor bertauliah) sebelum ambil suplemen Shaklee meskipun Shaklee sudah dibuktikan secara kajian klinikal SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN.





Sunday, October 1, 2023

KEPENTINGAN VITAMIN C UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN

12:18 PM 0 Comments

 KEPENTINGAN VITAMIN C UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN


Hai semua. Entry kalini Intan nak ceritakan mengenai kepentingan Vitamin C shaklee untuk kesihatan dan kecantikan. Vitamin C shaklee bukan untuk wanita sahaja, malah kaum Adam pun boleh sama-sama amalkan. 


Ambil 1-2biji sehari pun dah cukup


KEPENTINGAN VITAMIN C DARI SUDUT KESIHATAN


1- Membantu mengurangkan risiko diserang demam, batuk dan selesema

2- Membantu menguatkan gusi

3- Membantu mengurangkan kedutan

4- Membantu mengurangkan masa mual ketika hamil

5-Menurunkan kadar asid urik dalam darah dan mengurangkan risiko serangan GOUT

6- Membantu meningkatkan imun dan pertahanan badan

7- Membantu mengurangkan jerawat dan sunburn

8- Membantu menyembuhkan luka

9- Mengurangkan masalah resdung

10-Membantu menguatkan tulang dan gigi


KEPENTINGAN VITAMIN C DARI SUDUT KECANTIKAN


1- Kulit bebas jerawat

2- Tak mudah sunburn

3- Jerawat cepat kecut

4- Parut cepat pudar

5- Kulit cerah semulajadi

6- Merangsang penghasilan kolagen

7- Mengatasi masalah pigmentasi kulit

8- Kulit glowing




Nak dapatkan khidmat nasihat tentang masalah kesihatan boleh terus hubungi Intan.


Whatsapp / Call : 013-5958175
📲www.wasap.my/60135958175/TanyaShakleeBlog

Facebook: Intan Zairine
IG: IntanZairine 

#vitamincshaklee #vitamincantik #vitaminimun #shakleemanjung #shakleelekir #shakleeperak 















Wednesday, June 21, 2023

PETUA HILANGKAN JERAGAT

9:16 PM 0 Comments

 PETUA HILANGKAN JERAGAT 



APA ITU JERAGAT

Jeragat secara perubatan dikenali sebagai (open comedo) adalah bonggol kuning atau kehitaman / tersumbat pada kulit. Jeragat adalah sejenis akne vulgaris.


BAGAIMANA JERAGAT TERJADI

Jeragat boleh terjadi apabila pembentukan minyak, sel-sel kulit mati dan juga bakteria berkumpul di bahagian liang muka terutama sekali di hidung, dahi, dagu dan pipi.




Takkan nak dibiar je kan jeragat tu dok lama-lama kat atas wajah, kita rasa tak selesa dan muka rasa tak bersih.

Jom cuba petua di bawah semoga membantu!


1- Gunakan perahan jus lemon



Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.


2- Aloe Vera




Aloe Vera terkenal kerana banyak manfaatnya untuk pelbagai masalah kesihatan kulit. Ia berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan ekzema.


Aloe Vera juga bantu untuk memastikan kulit kekal hidrat. Boleh dapatkan samada beli di kedai atau ekstrak sendiri dari daun.


Caranya:

Sapukan Aloe Vera pada kawasan yang ada jeragat selama 15minit. Kemudian basuh dengan air sejuk. Ulang setiap hari sehingga dapat keputusan yang diinginkan.


3- Serbuk kunyit







Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.


Caranya:

Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukan pada kawasan yang ada jeragat. Kemudian tunggu sehingga ia kering.



4- Teh hijau




Bukan sahaja berkhasiat untuk diminum, ia juga boleh hilangkan jeragat pada wajah. 


Teh hijau mempunyai sifat anti radang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Ia juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit.


Caranya:

Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. Kemudian guna uncang teh tersebut dan sapukannya pada kawasan yang ada jeragat.



5- Skrub menggunakan serbuk oat





Serbuk oat bukan sahaja bermanfaat untuk dijadikan masker, ia juga merupakan salah satu cara menghilangkan jeragat. 


Caranya: 


Campurkan sesudu oat bersama yougurt, madu dan jus lemon. Kemudian sapukan sebatian ini pada wajah anda.


Serbuk oat boleh menyerap lebihan minyak pada wajah dan membantu mengurangkan jeragat.




6- Ambil vitamin untuk bantu hilangkan jeragat





Kalau taknak susah-susah buat semua di atas tu, Intan cadangkan anda ambil SET JERAGAT ni. Jimat masa dan kesan pun in Shaa Allah lebih cepat!

Mungkin tak boleh nak terus hilang tapi bantu untuk pudarkan dan kulit nampak lebih sihat dan segar. 




Nak dapatkan khidmat nasihat tentang masalah kesihatan boleh terus hubungi Intan.


Whatsapp / Call : 013-5958175
📲www.wasap.my/60135958175/nakTanyaShaklee

Facebook: Intan Zairine
IG: IntanZairine 

#vivixshaklee #vitaleashaklee #shakleemanjung #shakleeperak #petuahilangjeragat #jeragat












Sunday, June 18, 2023

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

4:19 PM 0 Comments

 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT, NO. 5 PALING RAMAI AMBIL MUDAH 


Apa itu amalan gaya hidup sihat? 

Amalan gaya hidup sihat merangkumi semua aspek. Bukan sahaja dari segi fizikal malah kesian dalaman (rohani) seperti emosi pun memainkan peranan penting. Emosi ni kalau tak dirawat boleh jadi lebih teruk seterusnya menjejaskan kesihatan yang lain.


Sebab tu ramai yang memilih untuk selalu adakan masa "healing" untuk diri sendiri setelah penat bekerja atau melakukan tanggungjawab atau tugas hakiki yang takkan pernah habis. Ini adalah untuk "merawat" kembali emosi supaya kekal positif dan sentiasa sihat.


Dalam entri kalini Intan nak kupaskan 5 amalan gaya hidup sihat. Semoga membantu anda semua dan jom kita amalkan bersama.


1- Menjaga pemakanan seharian 


Betul kan makanan ni memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan? Yer benar. Kerana dengan makanan la banyak penyakit yang terjadi. 


Dalam agama kita sendiri tak kiralah apa jua pun mesti menyuruh kita berpada-pada dalam pengambilan apa jua jenis makanan.


Kat Malaysia ni makanan semuanya sedap belaka. Pagi sarapan roti canai, nasi lemak, teh tarik. Aduiiiii kecur air liur bila mengenangkan. Tapi perlu hati-hati dengan pengambilan kalori setiap hari. Lagi-lagi yang ada masalah kesihatan disarankan untuk ikut carta PIRAMID MAKANAN yang telah disediakan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).




Mudah sangat piramid makanan ni untuk kita jadikan sebagai panduan. Mana yang nak dikurangkan, mana yang nak dilebihkan. Dah tak perlu ragu-ragu lagi.


Atau yang nak lebih sihat, korang boleh juga amalkan SUKU-SUKU SEPARUH. 


Cara begini pun lebih mudah kan? 


2- Melakukan senaman atau riadah


Senaman atau riadah ni perlu untuk kita amalkan seminggu 3kali. Bantu untuk keluarkan peluh, buatkan otot jantung kita lebih kuat. 


Dengan beriadah minda kita lebih relaks, tak stress sambil-sambil jogging petang di taman bersama keluarga. Boleh jadikan aktiviti riadah petang santai bersama keluarga pun antara yang jarang kita dapat lakukan. 


3- Jauhkan diri daripada tekanan diri


Hidup di zaman yang serba serbi moden dan canggih ni memang tak lari daripada tekanan diri. Semua nak cepat, nak laju sampai semput nak fikirkan semua.


Ambil la masa untuk bermeditasi dengan cara masing-masing. Contohnya lakukan solat (sembahyang) untuk tenangkan diri. Masa yang sekejap itu pun boleh bantu untuk rilekskan minda & jiwa.


Bila ada masalah atau perkara yang tak dapat kita selesaikan sorang-sorang, carilah orang lain yang sesuai untuk bantu meringankan masalah /beban di jiwa.


Berkongsi dengan ahli keluarga yang boleh dipercayai atau kaunselor yang bertauliah untuk sama-sama bantu selesaikan. Tak semua perkara kita perlu berkongsi. Berkongsi dengan orang tepat untuk dapatkan jalan penyelesaian.


Ingat, jangan biarkan masalah bertimbun yang lama kelamaan menjadi "penyakit" yang sukar diubati.


4- Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran


Suasana rumah yang bersih, kemas tersusun membantu pandangan mata untuk tenang. Tenang di mata ni sangat subjektif. Bila rumah bersih sejuk rasa hati. Emosi pun terjaga kan? Takla mudah nak marah bila mainan anak bersepah terpijak sana sini.


Luar rumah pulak sampah dibuang di tempat yang sepatutnya. Longkang tak tersumbat yang mana boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang seterusnya membawa kepada penyakit denggi. Bahaya kalau dah terkena. Demam denggi ni antara musuh utama negara kita.


5- Dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala


Yang ni paling ramai yang ambil mudah. Bila dah sakit baru kelam kabut nak dapatkan rawatan. Mencegah lebih baik daripada mengubati.


Jadinya bila rasa badan tak sihat, cepat-cepat dapatkan rawatan segera sebelum melarat. 



Nak dapatkan khidmat nasihat tentang masalah kesihatan boleh terus hubungi Intan.


Whatsapp / Call : 013-5958175
📲www.wasap.my/60135958175/nakTanyaShaklee

Facebook: Intan Zairine
IG: IntanZairine 

#vivixshaklee #vitaleashaklee #shakleemanjung #shakleeperak #amalangayahidupsihat



Monday, June 12, 2023

TESTIMONI SHAKLEE SAYA

10:03 PM 0 Comments

 TESTIMONI SHAKLEE SAYA BEKAS PESAKIT FIBROID



Al kisahnya bermula selepas saya berkahwin pada tahun 2014. Masa tu tak tahu lagi ada sakit ni sebab sejak kecil tak pernah sakit yang teruk sampai kena tahan wad. 

Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup kena tahan wad di Hospital Baling. Masa tu tinggal sekejap di sana rumah mertua. Jadinya hospital terdekat adalah Hospital Baling. Gambar dalam simpanan takde sebab telefon lama rosak. Hanya diabadikan di dalam Instagram sebagai kenangan pahit. Pertama kali kena tahan wad asbab darah period non stop dan keluar banyak sampai HB jadi sangat rendah. Mujur tak pitam /pengsan. Kalau tengok tarikh kena admit tu pada bulan 2 tahun 2016. Dua tahun selepas berkahwin.

Masa ni belum kenal Shaklee lagi. Memang takde consume apa-apa suplemen pun. Hanya makan ubat hospital. Ubat berhentikan darah dan tambah darah sahaja.


KALI KE -2 KENA TAHAN WAD





Kufikirkan pertama dan terakhir masuk wad, malangnya sakit masih berulang untuk tahun berikutnya. Setiap kali datang period, pasti darah keluar banyak Non stop sampai HB rendah. Masa ni tahun 2017 dah pindah semula ke Manjung dan bekerja. Boleh dikatakan setiap bulan pasti ada satu hari bercuti sebab tak larat sangat. Kepala pening, dada jadi sesak sukar nak bernafas. Mungkin asbab darah tak cukup dalam badan. Oksigen tak dapat memenuhi ruang pernafasan. 

Yang pernah alami masalah kurang darah pasti tau betapa peritnya. Kena masuk 4 beg darah masa ni. Sakitnya Allah je yang tahu. Berpeluh panas satu badan. Lapar pun ye jugak. Makan banyak masa kat wad tapi badan tak naik pun. Orang cakap masuk darah memang akan kerap lapar. Tengah malam pun makan tak kira waktu. 

Masa ni dah start cari suplemen apa yang dapat bantu untuk tambah darah. Jumpalah seorang SID Shaklee yang jual VITA-LEA. So, inilah kali pertama Intan cuba makan. Ternyata berkesan pada diri Intan. Kesan selepas makan memang rasa beza banyak. Badan rasa bertenaga, tak lesu, muka pun tak pucat. Cukup vitamin yang diperlukan dalam sehari.





*Baca link di atas untuk info lanjut mengenai Vitalize (nama baru)



HARAPNYA YANG NI KALI TERAKHIR KENA TAHAN WAD


Sejak alami sakit sejak tahun 2016 sampailah 2018 tak ada perubahan pun even dah makan ubat berhentikan darah, masalah tetap tak selesai. Akhirnya pada bulan 2, 2018 appointment doktor di Hospital Seri Manjung. Suami bertanyakan doktor bilakah masalah Intan akan selesai? Dah makan ubat tapi masalah tetap sama. Takkan setiap bulan nak kena masuk darah, tahan wad. Intan sendiri pun tak sanggup nak sakit.


Jadinya pihak hospital buatkan surat appointment untuk berjumpa dengan pakar di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani Kedah. Mulanya datang semata-mata untuk check up. Tapi selepas jumpa doktor dan buat check up, doktor sahkan Intan ada sakit fibroid. Doktor cadangkan untuk buat pembedahan segera. 

Datang sehelai sepinggang je masa ni, terus kena tahan dan selepas selesai pembedahan, alhamdulillah doktor berjaya keluarkan (sedut) fibroid sepanjang 10cm (kalau tak silap). Ngeri sangat bila teringat perkara ni. Doktor sendiri tunjuk fibroid tu depan mata. Warna putih bentuk macam gumpalan kapas. 



Masa kat hospital lagi Intan dah survey VIVIX untuk bantu cepat revover selepas pembedahan nanti. Memandangkan tarikh majlis persandingan adik Intan 3beradik pada bulan yang sama Intan operate. Rasa sedih sebak segala bermain di fikiran kalau tak dapat nak hadirkan diri.

Supringly, dengan izin Allah, luka pembedahan cepat sangat sembuh dalam 3hari Intan rasa dah kuat. Sampai makcik sedara mara yang datang kenduri semua pelik dan risau tengok Intan ke sana sini macam orang tak sakit je.

Ternyata VIVIX memang sangat membantu untuk baiki sehingga ke peringkat sel. Sebab tu sesiapa yang pernah consume VIVIX pasti mengiyakan apa yang Intan ceritakan ini. Paling premium tapi sangat cepat kesannya. Wajib cuba lagi lagi yang ada masalah sakit, selepas pembedahan. In Shaa Allah membantu cepat revover. Muka pun tak pucat dan rasa cepat sihat. 





Muka masa awal-awal consume Vivix buat pertama kalinya


Jom korang yang nak cuba VIVIX, VITALEA atau suplemen lain dalam Shaklee, meh hubungi untuk Intan bantu. Kita ikhtiar dulu selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Menyembuh


Whatsapp / Call : 013-5958175
📲www.wasap.my/60135958175/nakVitalize

Facebook: Intan Zairine
IG: IntanZairine 

#vivixshaklee #vitaleashaklee #shakleemanjung #shakleeperak #testimonishaklee 


PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG

3:48 PM 0 Comments

 PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG PERAK




Hai assalamualaikum semua. Untuk yang pertama kali singgah ke blog Intan mungkin tak kenal lagi sapa lah tuan punya blog ni kan? Takpe kalau dah kenal, boleh kenal dengan lebih rapat lagi. Tak kenal maka tak cinta kan?


SIAPA SAYA?

Hai semua. Saya Nur Intan Zairine binti Zahar adalah seorang Pengedar Shaklee Malaysia untuk kawasan Seri Manjung, Lekir, Sitiawan dan Lumut. Saya mula aktif sebagai pengedar Shaklee sejak tahun 2017 dan sehingga sekarang 2023. 

Pada mulanya saya hanyalah seorang pengguna Shaklee sahaja. Vitamin pertama yang saya consume adalah VITALEA (multivitamin pertama yang Shaklee hasilkan). Kemudian setelah mendapat kesan yang positif, saya mula berjinak-jinak untuk aktif sebagai pengedar Shaklee pulak.

Pada masa itu saya masih bekerja dan jadikan bisnes Shaklee sebagai separuh masa sahaja (part time). Bisnes Shaklee mudah boleh dibuat di mana-mana dan pada bila-bila masa mengikut jadual masing-masing.

Sebab itulah yang menjadi tarikan untuk saya lebih serius untuk meneruskan bisnes Shaklee sehingga kini


AKTIVITI YANG PERNAH SAYA SERTAI


Shaklee adalah sebuah syarikat yang sangat kukuh dan sudah bertapak lama di Malaysia. Shaklee sentiasa adakan pelbagai event setiap tahun untuk meraikan kejayaan semua SID (Shaklee Independent Distributors) seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


Event Shaklee tak pernah tak best malah setiap yang hadir pasti cakap pada diri sendiri "Aku akan datang lagi event Shaklee" . Event sangat menarik, bersemangat, bertenaga dan penuh dengan aura positif daripada kisah kejayaan setiap individu. Jatuh bangun dalam membina bisnes akan dikongsikan sebagai inspirasi kepada yang hadir.






COD / POSTAGE DIJALANKAN SETIAP HARI







Customer yang berada luar daripada kawasan yang dinyatakan sebelum ni, jangan risau kerana postage masih dibuat samada pos sendiri atau klik je website Shaklee, Shaklee yang uruskan penghantaran kepada anda.


So jom yang mencari Shaklee untuk kawasan sekitar Manjung jangan segan-segan hubungi Intan. In Shaa Allah Intan bantu untuk berikan servis yang terbaik buat anda semua.


Whatsapp / Call : 013-5958175
📲www.wasap.my/60135958175/nakVitalize

Facebook: Intan Zairine
IG: IntanZairine 







Wednesday, June 7, 2023

MULTIVITAMIN SHAKLEE BERWAJAH BARU

5:36 PM 0 Comments

MULTIVITAMIN SHAKLEE BERWAJAH BARU



Jangan pandang pada nama tapi pandanglah pada new improved formula 😁 




Perbezaan vitalea dahulu dengan sekarang. Tambahan Vitamin D sebanyak 150. Tambahan asid folik sebanyak 100. Juga tambahan Vitamin K sebanyak 40 yang sebelum ini tiada dalam multivitamin lama.




KESAN KEKURANGAN MIKRONUTRIEN


Apa yang akan berlaku sekiranya kita kekurangan mikronutrien? Jom baca lebih lanjut di bawah.


  • Jari kebas

  • Denyutan jantung tidak normal - ini disebabkan oleh kekurangan kalsium
  • Risiko kecacatan ketika kehamilan
  • Cirit-birit
  • Sakit perut -disebabkan kekurangan folat
  • Masalah tulang
  • Perubahan mood -ini disebabkan oleh kekurangan Vitamin D
  • Lesu 
  • Sesak nafas
  • Sejuk pada tangan dan kaki
  • Kuku rapuh (mudah patah) - ini disebabkan oleh kekurangan zat besi

Tengok graf kajian pun dah tahu rakyat Malaysia sangat kurang pengambilan vitamin yang sepatutnya

  Golongan yang perlu untuk ambil Vita-Lize

  1. Dewasa yang sering tertekan(stress)
  2. Dewasa yang sibuk dalam aktiviti seharian
  3. Dewasa yang kurang berat badan (underweight)
  4. Dewasa yang aktif 
  5. Dewasa dengan diet yang tidak seimbang 
  6. Ibu hamil & menyusu (paling penting)




Cadangan pengambilan yang diperlukan dalam sehari

Pengambilan biasa/normal boleh ambil maksimum 2biji sehari.

2tablet bersamaan 600mg asid folik & vitamin B



Mesti tak mampu kan nak ambil semua ni dalam sehari? Jadinya, Intan cadangan korang ambil je Vita-Lize lengkap dah keperluan vitamin yang diperlukan dalam sehari.

Hanya telan 2biji sehari settle! 

Jom yang nak dapatkan Vita-Lize jangan segan-segan contact je Intan. Konsultasi lengkap Intan sertakan sekali.

Whatsapp / Call : 013-5958175
📲www.wasap.my/60135958175/nakVitalize

Facebook: Intan Zairine
IG: IntanZairine