Monday, October 21, 2019

JOM CHECK TAHAP KESIHATAN TULANG

Sabtu lepas Intan bawak ibu, adik dan incik suami ke branch Shaklee di Ipoh sempena kempen kesihatan tulang yang Shaklee adakan.

So, bergerak kami pagi2 dari Manjung sekitar jam 8pagi. Teruja sangat rasa sebab this is first time Intan dan family nak check tulang. Perasaan tu bercampur baur 😂 over kan??

Event tu start 930 pagi sampai 7 petang. Kami sampai awal sebelum waktunya. Excited katakan! Bila sampai je sana, tengok pintu pun dah buka. Kami pun terus je melangkah masuk ke dalam. Sebelum tu sempat bergambar jap kat luar. Tak sah kalau tak bergambar kan. Untuk kenangan haruslah!

Sebelah kiri Ibu, sebelah kanan adik dan anak buah Ammar 


Kami pun melangkah masuk terus mendaftar nama dan isi borang. Bila nama dipanggil untuk pemeriksaan tulang, terus eksaited..😁 Keputusan pun on the spot je dapat. Memang teknologi betul!  Zup zap zup zap, siap!



Intan dan suami pun first time cuba mesin tu. Tak tahu nama ape. Sebelum letakkan kaki dalam tu,  kene sapu gel dulu. Sejuk je rasa kat kaki. 



Lepas konsultasi bersama pakar nutrisi, kami pun bergambar dengan result masing-masing. 




No comments:

Post a Comment