Thursday, May 11, 2023

10 IDEA MENU OPEN HOUSE RAYA BUATKAN TETAMU MAKAN BERTAMBAH


 



Bila dah masuk minggu kedua ketiga raya mulalah masing-masing terfikir untuk adakan open house hari raya pulak meraikan sahabat handai, jiran tetangga dan sanak saudara yang belum berkesempatan untuk bertemu.

Sebut je open house buntu pulak memikirkan apakah menu yang sesuai untuk disajikan kepada para tetamu yang hadir.

So entry kalini Intan nak kongsikan idea menu untuk anda hidangkan masa open house nanti. Semoga membantu!



1- Nasi Minyak




Nasi minyak ni kalau makan sekali konpem bertambah berkali-kali. Nak pulak masak guna beras basmati kan. ADUHHH...tak puas makan rasanya! "gu" pulak dgn ayam masak merah dan acar jelatah. PADUUU..!!


2- Ayam masak merah




Ayam masak merah ni makan dengan apapun sedap. Makan dengan nasi kosong pun boleh.Makan dengan nasi impit pun selera kan? Bertambah tambah lagi ade la.


3- Mi Rebus 



Mi rebus ni kuah dia tu kalau padu memang terangkat bila makan. Biasanya orang rebus daging dulu then kuah daging tu buah kuah mee rebus jadi pekat dan lebih enak dimakan. Banyak versi mi rebus ni. Ada mi rebus johor, terengganu. Tapi mana-mana pun punya keunikan dan keenakan yang tersendiri.


4- Nasi Ayam




Nasi ayam ni pun banyak versi jugak. Nasi ayam hainan la, nasi ayam penyet la, berempah la dan macam-macam lagi. Tapi yang versi dalam gambar ni general yang semua orang biasa makan dan senang jumpa.

Anak-anak pun suka sebab tak pedas. Makan dengan sup kosong dan nasi sahaja pun dah selera. Nak masak pun takla payah mana.


5- Lontong



Lontong ni pun banyak versi jugak. Ade lontong kering digoreng dengan cili dan bahan lain. Versi dalam gambar ni yang berkuah lemak. Ada sayur seperti sayur kacang panjang, lobak merah, suun. Potong nasi impit kecil-kecil siram dengan kuah lemak dan letak telur rebus separuh. Sambal tumis kosong sebagai penambah selera untuk lebih pedas.


6- Mi Kari


Intan suka mi kari kuah pekat dan dalamnya penuh dengan makanan laut seperti ketam, udang. Ada fishball, fishcake, isi ketam. Haishhh tengah menaip ni pun terasa rasa kat tekak. Hahhaha...


7- Bihun sup tulang utara




Nak berkuah boleh cuba bihun sup utara ni. Rasa sup tu bila tambah dengan cili kicap tu lagi rasa nak tambah berkali-kali. Ada setengah tempat guna sambal merah. Tapi dua-dua pun sedap. Ada yang letak begedil daging/ayam. Hirup kuah je pun dah syahdu.


8- Bihun singapore




Menu paling mudah dan cepat boleh masak bihun singapore ni. Bahan pun ringkas je dan tak ambil masa lama. Tak pedas sesuai untuk anak-anak makan. 


9- Puding Triffle



Untuk dessert boleh hidangkan puding triffle. Enak dimakan begitu saja! Makan masa sejuk-sejuk nikmatnya. 


10- Nasi impit kuah kacang



Ramai juga peminat nasi impit kuah kacang kan? Nak buat pun takla susah mana atau ada jugak yang jual siap dah kacang dah siap goreng dan tumbuk/kisar kasar. Cuma masak kuah je dan terus boleh masukkan kacang tadi. Siap!


Bila dah makan macam-macam menu masa open house hari raya pastinya risau berat naik mendadak, perut sebu dan sebagainya. Jangan risau Intan rekomen korang untuk detox badan dengan SET DETOX SHAKLEE.









Hubungi saya untuk dapatkan Konsultasi lengkap & cara pengambilan suplemen dengan cara yang betul dan berkesan

Whatsapp / Call : 013-5958175

Facebook: Intan Zairine
IG: IntanZairine 





































No comments:

Post a Comment